top of page

PENGUMPULAN DANA BAIK PULIH RUMAH ADMAR DITERUSKAN

16 Julai 2022



Kesempatan pertemuan pimpinan Yayasan Kebajikan Gayong Malaysia bersama penyumbang haiwan qorban (YBhg Dato’ Hj Zainal Abidin Hj Sakom dan Dato’ Hj Ahmad Shalimin Hj Ahmad Shaffie) dan para peserta acara Qurban ADMAR 2022 pada 12 Julai 2022 di Kg Ayer Kuning, Taiping, Perak (perkarangan rumah ADMAR), sebuah perbincangan telah diadakan bagi mengambil inisiatif menyambung usaha membaik pulih rumah ADMAR.


Cadangan-cadangan berikut telah dicapai:


  • Usahakan kempen mengumpul dana dari semua murid dan ahli Gayong aliran ADMAR dengan mewujudkan tabung dibawah Yayasan Kebajikan Gayong Malaysia

  • Yayasan diminta untuk memohon bantuan dana kepada Kerajaan Persekutuan (PM) melalui Datuk Ahmad Shalimin Hj Ahmad Shaffie. Kertas cadangan hendaklah disertakan

  • Sementara menerima kelulusan bantuan kerajaan, dana yang terkumpul melalui sumbangan lain-lain pihak hendaklah digunakan untuk memulakan kerja baik pulih yang dicadangkan.

  • Kempen mengumpul dana hendaklah dilaksanakan melalui pelbagai media termasuk laman web, facebook, whatsapp dan mana-mana platform yang ada.


Dana terkumpul setakat ini yang diterima dari gurulatih, murid dan gelanggang Australia (Perth) ialah RM3,592

bottom of page