25 Nov 2019
Majlis penyampaian watikah Sanad Ilmu Dato’ Meor Abdul Rahman yang berlansung pada 24 Nov 2019 di Hotel Tun Fatimah Melaka bukan sahaja mencoret sejarah penyampaian sanad, tetapi juga menyatukan murid-murid Gayong dari beberapa negeri dan institusi. Murid-murid Gayong yang telah bersama menerima watikah sanad adalah dari Perlis, Kedah, Perak Selangor, Wilayah Persekutuan KL dan Putrajaya, Negeri Sembilan (PD), Kelantan dan Johor. Manakala institusi yang turut serta termasuklah Akademi Gayong Selangor, Gelanggang Panglima Putrahaya, United State Gayong Federation (Caw Kelantan.Malaysia), Kelab Harimau Wilayah, Pusat Latihan Tok Jenai, Akademi Silat Seni Gayong NS dan Institut Silat Gayong (ISG).
Mereka yang menyertai acara rata-rata menyedari dan percaya bahawa pengiktirafan sanad Ilmu Gayong Dato’ Meor Abdul Rahman wajar diperolehi bagi meyakinkan masyarakat umum dan masyarakat Gayong khususnya bahawa ilmu silat yang diperolehi adalah dari asal sumbernya. Walaupun pemikiran asalnya mengadakan majlis ini adalah dari Lembaga Beradat Selangor, namun pihak Lembaga telah menimbangkan untuk menawarkan penyertaan dibuka kepada semua murid Gayong. Pertimbangan yang dibuat adalah atas asas acara sedemikian, mungkin tidak dianjurkan oleh pihak-pihak lain dalam masa terdekat.
Comments