top of page

PERJUMPAAN KHAS DI BATU GAJAH ADALAH LANGKAH YANG BIJAK

25 Mac 2020


Pada 7 Mac 2020 yang lalu telah diadakan perjumpaan khas di antara AMJA dengan Ahli Lembaga Waris Amanah (ALWA). Antara lain tujuan perjumpaan ini ialah untuk mendapat pandangan dari ALWA berhubung dengan beberapa isuyang telah dibawa kepada perhatian amja. Walaupun pada forum tersebut tidak dapat merungkai kesemua isu yang dikemukakan, namun peranan ALWA sebagai sebuah badan penasihat dan penggubal dasar yang tertinggi dalam penerusan Silat Seni Gayong telah diletakkkan pada tempatnya,


Di majlis tersebut, ALWA telah mengingatkan kepada semua yang hadir supaya kembali kepada bai’ah yang dibuat ketika berakad menjadi murid Silat Seni Gayong. Intipati bai’ah tersebut ialah pengakuan seorang murid dituntut supaya setia dan tidak khianat kepada saudara seGayong dengannya. Justeru penyelesaian apa jua isu hendaklah dihadapi dengan semangat perakuan ini.


Kommentarer


bottom of page