top of page

PERSIDANGAN AGONG 2019: PINDAAN PERLEMBAGAAN

6 Okt 2019

Persidangan Agong Kali ke 6 Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia telah diadakan pada 5 Okt di Kompleks Belia dan Sukan Kuala Lumpur, Kg Pandan. Perkara Adat dalam Fasa 27-30 dikekalkan tanpa sebarang pindaan atas kehendak perwakilan. Walaupun telah dicadangkan oleh Lembaga Beradat Kebangsaan supaya dibuat pindaan bagi menentukan perkara-perkara adat dan gurulatih hanya pada kadar untuk mendapat pengiktirafan di dalam Perlembagaan sedia ada. Butiran pengurusan sebaiknya tidak dinyatakan. Ini akan dapat memperluaskan kebebasan mengurus oleh kedua-dua Lembaga Beradat Kebangsaan dan Majlis Gurulatih Kebangsaan dengan tanpa perlu merujuk kepada pengurusan Pentadbiran.


Tuan Haji Mohd Anuar Abdul Hamid, Pengerusi Lembaga Beradat Kebangsaan, berpendapat jika cadangan pindaan diterima, Fasal yang menyentuh perkara adat (Fasal 27-30) akan lebih ringkas dan kemas tanpa mengurangkan kuasa-kuasanya. Pengurusan bidang hal-hal adat dan gurulatih diperjelaskan dalam Peraturan Kecil Adat dan Buku Peraturan Kecil Majlis Gurulatih secara berasingan. Sebarang pindaan pada kemudian hari akan lebih mudah dikendalikan dan dapat dilaksanakan secara semerta.

Comments


bottom of page