7 Julai 2021

Pada 27 Mac 2021 yang lalu Pertubuhan Waris Kerabat ADMAR telah mengadakan mesyuarat agung kali pertamanya setelah berjaya mendapat kelulusan pendaftaran dari ROS pada 20 Oktober 2020. Walaupun setelah 2 kali merancang untuk mengadakan mesyuarat agung sebaik mendapat kelulusan pendaftaran kerana terhalang oleh pelaksanaan PKP, akhirnya pihak pengurusan terpaksa memilih mengadakan mesyuarat melalui sidang video pada tarikh yang dinyatakan.
Jawatan Pengurusan yang dilantik, telah mengadakan mesyuarat pada 23 Mei 2021 bagi menyelaraskan tindakan-tindakan menyediakan laporan kepada ROS dan merancang membuka akaun, membangunkan takwim pengurusan serta memulakan urusan mendaftarkan harta intelek ADMAR. Mesyuarat kali ke 2 jawatankuasa akan diadakan pada bulan Ogos 2021.