top of page

PUSAT GAYONG TERTINGGI GAYONG MALAYSIA

17 Sept 2019


Dato’ Paduka Hajah Siti Fadzilah Dato’ Meor Rahman, Waris Mutlak Silat Seni Gayong Malaysia menyatakan kesediaannya untuk membangunkan tanah pusaka Dato’ Meor Rahaman di Taiping, Perak sebagai Pusat Latihan Tertinggi. Kesediaannya ini telah dinyatakannya kepada Tuan Haji Mohd Anuar Abdul Hamid, Pengerusi Lembaga Beradat Kebangsaan (LBK) pada 15 Sept 2019 ketika menziarah Haji Anuar di IJN, Kuala Lumpur. Dr. Mior Badrulhisham Kamaruzaman, Setiausaha LBK turut bersama mengiring Dato’ Hajah Fadzilah ketika itu. Perkara ini hendaklah diuruskan oleh pihak LBK.

Haji Anuar memaklumkan bahawa LBK akan mengaturkan satu perjumpaan dengan beberapa orang murid Silat Seni Gayong yang mempunyai kepakaran dan pengetahuan dalam urusan berkaitan untuk mengatur langkah-langkah yang perlu diambil dalam masa terdekat.

bottom of page