top of page

SIDANG AHLI LEMBAGA WARIS AMANAH KE 8

29 Sept 2021


Persidangan ALWA Ke 8 telah diadakan melalui sidang video pada 26 Sept 2021. Sepertimana biasa, sidang ini adalah bertujuan untuk mengikuti perkembangan aktiviti-aktiviti yang dikendalikan oleh Lembaga Adat-Istiadat Kebangsaan, Majlis Gurulatih Kebangsaan, Yayasan Kebajikan Gayong Malaysia dan Pertubuhan Waris Kerabat ADMAR Malaysia dan dalam masa yang sama menimbang cadangan-cadangan pelaksdasanaan dasar-asar baru.


Puan Siti Zubaidah Hussin turut hadir bagi mewakili bondanya Hajah Siti Fadzilah Dato’ Meor Abdul Rahman, Waris Amanah Silat Seni Gayong Malaysia. Sebanyak 4 buah kertas cadangan yang dibentang untuk dipertimbangan sebagai dasar baru:


  • Pembentukan Grand Design Pembangunan dan Perluasan Silat Seni Gayong

  • Pengajaran Silat Seni Gayong Malaysia Online

  • Menyediakan generasi silat Sedia Tempur

  • Pemantapan pengurusan badan adat

bottom of page