top of page

SKIM KHAIRAT YAYASAN KEBAJIKAN GAYONG MALAYSIA PENYERTAAN DIBUKA KEPADA SEMUA ALIRAN GAYONG ADMAR

28 Jan 2021


Atas semangat kesatuan, murid Allahyarham Dato’ Meor Abdul Rahman (ADMAR), Yayasan Kebajikan Gayong Malaysia membuka skim khairatnya kepada semua aliran Silat Seni Gayong termasuk kaum keluarga masing-masing. Skim yang menawarkan pulangan kebajikan sebanyak RM 8,000 atas bantuan (kebajikan) pengurusan jenazah mengenakan yuran kepada penyertaan mereka yang berumur sekurang-kurangnya 19-40 tahun pada kadar RM 20.00 seorang dan RM 100.00 kepada mereka yang berumur 41-70 tahun. Tempuh skim adalah satu tahun dari tarikh kelulusan pendaftaran penyertaan.


Demi kesejahteraan ahli keluarga dan murid ADMAR, pihak Yayasan berasa terpanggil untuk memperluaskan skim ini bukan sekadar kepada Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia, tetapi juga ingin menyantuni aliran-aliran Silat Seni Gayong yang lain yang tidak berkesempatan untuk mewujudkan skim kebajikan seumpama. Pihak Yayasan juga melihat inisiatif ini sebagai usaha mengembalik dan mengukuhkan rasa kekeluarga dan silaturrahim ADMAR.


Sila rujuk laman Yayasan Kebajikan Gayong di laman web gayongadat.com untuk maklumat menjadi peserta.


bottom of page