top of page

TAHNIAH 175 PESILAT GAYONG TOK JENAI BERJAYA DALAM UJIAN KENAIKAN BENGKUNG

  • 2 days ago
  • 1 min read

17 Julai 2026




Tahniah dan syabas diucapkan kepada 175 orang pesilat Gayong Tok Jenai yang telah berjaya melepasi Ujian Kenaikan Bengkung yang telah diadakan di FRIM, Kepong. Kejayaan ini merupakan hasil daripada latihan yang konsisten, disiplin yang tinggi serta semangat juang yang ditunjukkan sepanjang tempoh persediaan.


Semoga pencapaian ini menjadi pemangkin untuk terus meningkatkan ilmu, kemahiran dan sahsiah sebagai seorang pesilat. Teruskan berlatih dengan penuh dedikasi, menjaga adab serta berusaha mencapai kejayaan yang lebih cemerlang pada masa hadapan.


Tahniah dan selamat maju jaya. Jumpa lagi di gelanggang!

 
 
bottom of page