top of page

UCAPTAMA CIKPUAN SITI ZUBAIDAH - PSGB MAJLIS PERTABALAN 30 JUNE 2024

30 Jun 2024


MAJLIS PERTABALAN SANDANG KEBESARAN SILAT SENI GAYONG

 (PSGB) 30HB JULAI 2024.

 

Kata-kata aluan  Puan Siti Zubaidah Hussin – Waris Kerabat ADMAR

 


Bismillahirahmanirrahim..

 

Terima kasih kepada Puan Pengerusi Majlis Berdua...

 

(salutation)

   

 Assalamualaikum wbt,

 

Alhamdulillah saya memanjatkan kesyukuran yang tak terhingga kepada Allah kerana hanya dengan izinnya membolehkan kita berkumpul lagi di dalam Majlis bersejarah sebegini, iaitu, Majlis Adat Istiadat Pertabalan Sandang kebesaran Silat Seni Gayong, Pertubuhan Seni Gayong Bersatu (PSGB).


Terlebih dahulu ,saya memohon maaf kerana Bonda tidak dapat hadir pada hari ini atas sebab kesihatan . Mohon doakan semoga Bonda diberi kesihatan yang baik dan dilindungi Allah SWT. Saya mewakili Bonda Hajah Fadillah mengucapkan sekalong tahniah dan terimakasih kepada semua ahli jawatankuasa yang terlibat dalam menjayakan Majlis pada hari ini.

 

Dengan penuh rasa kesyukuran, tahniah juga diucapkan kepada semua penerima Sandang Kebesaran Silat Seni Gayong PSGB sebentar tadi. Saya yakin anda semua layak menerimanya kerana usaha dan commitment yang diberi selama ini, sekali lagi, tahniah saya ucapkan.

 

Semoga dengan Sandang yang ditabalkan ini menjadi pemangkin untuk kita jalan seiringan,  bersama maju kehadapan dalam memperjuangkan legasi Gayong yang diwarisi dari ninda kami, ADMAR.

 

Hadirin hadirat sekalian,

 

Ingin saya mengalih tumpuan seketika kepada Pertubuhan Waris Kerabat atau PWK yang telah ditubuhkan pada bulan October tahun 2020.PWK ditubuhkan bukan hanya untuk mengumpulkan waris keluarga ADMAR di bawah satu organisasi terancang, malahan ianya adalah bertujuan untuk menjaga peninggalan ADMAR dari segi keaslian pelajaran dan Adat-Istiadat Gayong agar tidak tercemar dan terus utuh menerjah zaman.

 

Buat pengetahuan kita semua, PWK juga telah berjaya mendaftarkan di Jabatan Harta Intelek,bagi memelihara Sejarah, silibus pelajaran serta Adat-Istiadat yang dicipta oleh ADMAR.

 

Di samping itu, PWK telah berjaya mewujudkan struktur pengurusan Gayong bagi menghubung-kait entiti pengurusan pentadbiran, kegurulatihan dan Adat-Istiadat dalam Gayong.

 

Kemuncak kepada tindakan menjaga inlu Gayong ini,ialah dengan penubuhan badan Waris Amanah yang akan diadakan pada 6hb. July 2024 ini bagi mewujdkan platform mengawal pelajaran dan adat istiadat ciptaan dan aturan ADMAR. Ini turut melibatkan pertubuhan Gayong dalam dan luar negara untuk lantikan WarisAmanah masing masing.

 

Semua ini demi memastikan ada tapak rujuk buat Pertubuhan-pertubuhan Gayong berlainan pentadbiran agar dapat bergerak Bersama dalam satu nada yang seiring.

 

Kami PWK juga berharap dan menyeru kepada semua pertubuhan yang bergerak di atas nama ADMAR agar berdaftar dengan menjadi Ahli Bersekutu PWK dan meletakkan Waris Mutlak ditempatnya dalam pengurusan mereka, di dalam mahu pun di luar negara.

 

Akhir kata, saya juga bagi pihak Bonda, mendoakan agar usaha murni ini dipermudahkan, terus  menempa kejayaan demi kejayaan dan semoga dengan  sandang yang ditabalkan ini akan menbawa kegemilangan bersama PWK dan Pertubuhan  Seni Gayong bersatu khasnya.

 

Dengan itu, wabillahi taufiq wal hidayah…

 

Assalamualaikum wbt…

 

Sekian Terima kasih.

Comments


bottom of page