top of page

URUSAN PENDAFTARAN MAJLIS WARIS KERABAT SILAT SENI GAYONG BERSAMBUNG

11 Sep 2020


Pada 9 Feb 2020 di Hotel Reverside Tun Fatimah, Melaka, Hajah Siti Fadzilah Dato’ Meor Abdul Rahman telah menghimpunkan ahli keluarganya dan beberapa orang pimpinan Silat Seni Gayong yang terpilih. Perhimpunan ini telah menghasilkan antara lainnya inisiatif untuk menubuhkan sebuah badan berdaftar bagi menjaga harta intelek Dato’ Meor Abdul Rahman Sebuah jawatankuasa penaja telah ditubuhkan sebagai memenuhi keperluan pendaftaran.


Berikutan dari inisiatif ini usaha pendaftaran telahpun dimulakan dalam bulan Mac 2020. Pendaftaran telah dilakukan di Pejabat Pendaftaran Pertubuhan Cawangan Shah Alam. Namun demikian oleh kerana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat dari usaha kerajaan mengawal sebaran wabak Covid 19, Tindakan diambil tidak diteruskan, dan kini berstatus tergantung.


Mesyuarat melalui sidang video pada Sep 2020 mengenai isu berkaitan telah bersetuju supaya tindakan menyambung usaha pendaftaran hendaklah diteruskan dengan segera memandangkan isu penggunaan hak intelek Dato’ Meor Abdul Rahman dan keluarga perlu dikawal untuk mengembalikan property berkaitan kepada pewaris, dan dalam masa yang sama mengelak mana-mana pihak dari membuat serta mengambil kesempatan dan menuntut pengiktirafan peribadi.


Mesyuarat berkaitan mengingatkan bahawa pendaftaran MWK adalah atas sebuah badan perniagaan (enterprise) pemegang lesen (license) kebenaran penggunaan hak intelek kepunyaan waris keluarga. Perkara ini hendaklah diuruskan ke arah fungsi ini sebagai objektif utama badan yang akan didaftarkan. Dipersetujui supaya mesyuarat akan diadakan dalam tempoh sebulan untuk menilai kemajuan (progress) pendaftarfan. Draf perlembagaan (term of refernce) MWK akan disediakan dalam tempoh waktu yang sama bagi mempercepatkan urusan berkaitan.

bottom of page