top of page

BERITA

28 Feb 2021


KBS telah mengeluarkan kenyataan panduan SOP bagi kegiatan Sukan dan Rekreasi. Disamping itu juga pihak berkenaan telah mengeluarkan FAQ (frequent ask question) bagi menjelaskan beberapa isu yang berkaitan. Walaupun perkara-perkara yang dibincangkan tidak menyentuh kegiatan silat secara langsung, namun ciri-ciri kegiatan(kegiatan fizikal berkumpulan) yang dikendalikan melalui kegiatan silat mempunyai kesamaan. Kenyataan yang dibuat sudah pasti mendapat pandangan dan kelulusan MKN (Majlis Keselamatan Negara), justeru ia boleh dirujuk oleh mana-mana pihak yang menganjurkan kegiatan berkenaan dan seumpama. Dilampirkan FAQ berkaitan:


21 Feb 2021


Yayasan Kebajikan Gayong Malaysia sudahpun memulakan program Skim Khairat 2021 dan kutipan dana Projek Taiping. Namun begitu oleh kerana tiada transaksi dalam tempoh yang lama, maka akaun tersebut berada pada status dormant. Dengan demikian akaun tersebut tidak boleh menerima dana mahupun mengeluarkan dana sehingga permohonan untuk mengaktifkannya semula.


Justeru, pihak pengurusan Yayasan telah mengambil langkah sementara untuk memindahkan pengurusan sementara dananya dengan mengguna Akaun Adat. Bendahari Lembaga Adat-Istiadat Kebangsaan bersedia untuk menyelaraskan pengaliran dana Yayasan bagi tujuan ini. Dengan ini dimaklumkan kepada semua pihak yang berhasrat berurusan menyumbang kepada kutipan dana Projek Taiping atau menyerah yuran khairat hendaklah menyalurkannya kepada Akaun Adat sehinggalah dimaklumkan sebaliknya bermula dari 18 Feb 2021.


Bank Muamalat: 14030006507713 Akaun Yayasan CIMB: 8604260157 Akaun Adat

19 Feb 2020



Kebelakangan ini banyak terdapat makin banyak persembahan Silat Seni Gayong Malaysia dalam Youtube. Ini adalah inisiatif yang baik oleh para gurulatih dalam mempromosikan Silat Seni Gayong Malaysia kepada masyarakat umum, justeru menarik lebih ramai lagi anggota masyarakat untuk menyertai latihan.


Namun begitu, mereka yang terlibat mahupun yang akan terlibat hendaklah berhati-hati dan mengambil berat tentang kualiti persembahan masing-masing kerana terdapat persembahan dan aksi yang dilakukan tidak kemas. Perlu diingat bahawa kandungan aksi silat dalam Youtube sama ada sebagai bahan persembahan atau pengajaran juga dilakukan oleh perguruan-perguruan lain baik dari dalam negara mahupun luar negara. Tidak dapat tidak unsur perbandingan akan berlaku.


Terdapat juga beberapa persembahan yang diatur oleh gurulatih di Youtube bersifat mengajar buah kunci atau buah tapak secara lengkap. Barang diingat bahawa jangan nanti perkara yang rahsia terlepas kepada orang lain, biarlah ilmu itu diperolehi apabila mereka bergelar murid untuk memperolehi ilmu Silat Seni Gayong. Jika sesuatu gerak itu dijadikan sebagai bahan persembahan, maka hendaklah diaturkan supaya ia bersifat teaser atau berbentuk mengumpan untuk belajar. Allahyarham Dato’ Meor dahulu ada mengajar bangsa asing. Pelajarnnya terbatas kepada buah pukulan atau kombat, tetapi tidak tidak buah kunci.

Headline 1
bottom of page