top of page

BERITA

13 Ogos 2020


Bahagian pengurusan Badan Adat Kebangsaan merancang untuk mempertingkatkan pelaksanaan perkara adat-istiadat dengan memperkenalkan kursus pensijilan adat kepada gurulatih dan pembantu gurulatih melalui online sebagai pilihan kepada kursus bersemuka sepertimana biasa. Ini akan mengurangkan bebanan pengelolaan dari aspek pengangkutan dan sewaan kepada penganjur dan peserta. Modul kursus masih mengguna tajuk-tajuk (5) dan tempuh yang ditentukan. Cadangan ini akan dibentang dalam persidangan ALWA yang akan diadakan pada 19 Sept. 2020 bagi mendapat pandangan dan sokongan.


Kursus pensijilan ini adalah diwajibkan kepada para pembantu gurulatih dan gurulatih untuk mendapat kebenaran mengajar. Dasar ini telah dipersetujui dalam Persidangan ALWA Ke 5. Mereka yang hendak memohon sijil menjalankan latihan di gelanggang atau memperbaharuinya hendaklah menampilkan sijil mengikuti kursus adat bersama-sama dengan borang permohonan. Negeri telah dimaklumkan untuk menganjurkan kursus ini. Dasar berkaitan mula berkuatkuasa pada 1 Jan 2020. Pengurusan Badan Adat Kebangsaan telah mengeluarkan arahan dan panduan melalui Surat Pekeliling Adat Bil 2/2019 dan 3/2019.


Butiran tatacara pengendalian kursus akan dikeluarkan sebaik sahaja selepas pembentangan dibuat pada tarikh persidangan.


8 Ogos 2020


Badan Adat Negeri (BAN) Wilayah Persekutuan KL Putrajaya selaku Jawatankuasa Pengelola telah membuat tempahan di Pusat Sains Negara, Kuala Lumpur bagi melaksanakan Persidangan ALWA 2020-2025 Pertama dan Penyampaian Sandang Silat Seni Gayong pada 19 Sept 2020. Acara sandang akan diadakan di auditorium, manakala persidangan akan diadakan di bilik mesyuarat.


4 Ogos 2020


ALWA adalah sebuah entiti yang ditubuh berasaskan surat warisan Allayarham Dato’ Meor Abdul Rahman bertarikh 8 Sept 1989. Surat berkenaan menyatakan bahawa Waris Amanah Silat Seni Gayong boleh menubuhkan sebuah Lembaga yang disebut sebagai Lembaga Waris Amanah untuk membantu mengendalikan penerusan pengajaran dan perluasan Silat Seni Gayong. Lembaga ini hendaklah dianggotai oleh 7 orang gurulatih kanan yang mempunyai pengalaman yang luas dalam bidang pelajaran dan adat-istiadat.


ALWA telah menetapkan pada tahun 2017 dalam pengurusannya hendaklah mengadakan mesyuarat (persidangan) sekurang-kurangnya 2 kali setahun. Di dalam persidangan ini pihaknya akan memutuskan dasar-dasar perihal pengajaran dan perluasan Silat Seni Gayong dan mengambil maklum status pelaksanaan dasar-dasar yang telah diputuskan. Oleh kerana pada hari ini, semenjak tahun 2016, banyak isu dasar telah disentuh dan diselesaikan, khususnya berkaitan dengan adat-istiadat, maka ALWA berhasrat untuk membuka ruang kepada pengurusan pada semua peringkat untuk membentang kertas cadangan jika melibatkan dasar. Surat tawaran ini telahpun diedarkan kepada Pengerusi Lembaga Beradat Negeri, Pertubuahn Negeri dan Kebangsaan, dan Majlis Gurulatih Negeri.


Persidangan kali ini akan diadakan pada 19 Sept 2020 di Kuala Lumpur. Persidangan teresebut telah mengaturkan agenda khusus untuk pembentangan kertas kerja. Setiap kertas diberi tempuh 10 minit untuk pembentangan. Langkah yang diambil ini adalah bertujuan mengadakan ruang kepada semua pihak untuk terlibat dalam membuat dasar adat, gurulatih (pelajaran) pentadbiran dan kewangan Silat Seni Gayong bagi menambahbaik kecemerlangan peranan silat sebagai wadah membentuk manusia yang cemerlang.


Headline 1
bottom of page